Saturday, February 28, 2015

cerita sembang santai

Memeranjatkan!! She does exist!!
kejadian ni jadi lebih kurang pukul 3pm 27/2/14, kira2 12jam yg lepas. saya buat satu panggilan kepada satu person incharge(nama dirahsiakan) satu event yg pernah bekerjasama dgn saya tak lama dulu. tujuan, nak minta tolong beliau untuk beberapa future projects. dalam perbualan tu terselit satu topik yg tidak pernah saya fikir boleh terjadi pada beliau. short story, beliau telah jalankan tugas dgn sangat cemerlang utk event tu, full of initiatives, very creative dan tak pernah lupa lemparkan pujian kembali pada tuhan walaupun pujian tu tuju pada beliau. event tu succesful dan dia project manager(shocking, sbb beliau mengaku tak pernah terbabit atau handle apa2 event sebelum tu).
situasinya disini adalah selepas event, tiba2 boss beliau layan beliau dengan cara yg pelik, dalam post mortem event ade shj salah dan silap yg dilempar pada beliau, walaupun projek tu succesful, meets the target and compliments dari banyak pihak termasuk dari saya sendiri(vendor). perkara ni berterusan hingga sekarang bilamana ada shj benda yg tidak kena pada mata boss beliau ttg apa2 hal yg melibatkan beliau sehingga pernah satu tahap beliau pernah merajuk dgn tindakan atau respon bossnya tu.
dari nada suara, memang jelas sangat rasa serba salah dan sedih dgn situasi yg beliau sedang lalui tetapi jawapan yg beliau berikan yg sgt memeranjatkan...
beliau actually berjaya identify punca kenapa terjadi keadaan ni. puncanya pada ketika hari event berlangsung, beliau dengan jelas pada pandangan mata saya dalam keadaan yg sgt letih dan beliau mengaku tak cukup tidur dan rehat sebab nak menjayakan projek tu. disebabkan keletihan tu dia dah buat satu kesilapan kecil yg mana pada saya memang jarang a normal person boleh perasan. itupun beliau perasan selepas bermuhasabah diri untuk beberapa ketika. boss beliau sebenarnya berkecil hati pd beliau sbb ketika wakil syarikat2 besar terjumpa beliau yg ketika itu sedang berjalan dgn boss beliau(saya maksudkan terjumpa sbb pada waktu event tu mmg sgt sibuk, terjumpa secara spontan dan dlm keadaan tak bersedia, kiranya bertembung secara tak sengajalah), wakil syarikat td telah lemparkan pujian yg tinggi atas usaha dan perancangan beliau yg sgt teliti(saya sendiri mengaku hal ni), tetapi dlm keadaan beliau yg letih(mata lebam tak cukup tidur) beliau tidak memberi respon, beliau cuma diam dan cuba tersenyum(saya sendiri ada puji beliau pada hari tu, respon yg sama). boss tu? jadi kecil hati dan terasa dipencilkan(boss tu yg pilih beliau sbb percaya dgn kemampuan dan skill beliau). dalam keadaan letih beliau tidak panjangkan pujian tu pada boss beliau(very small mistake pada saya). keadaan berlanjutan, sampai sekarang beliau tak tahu macam  mana nak pulihkan keadaan tu walaupun dia ni orang yg sangat kreatif, analytical, soft spoken, beliau jgk bukan jenis yg terima pujian sbb sentiasa diforwardkan balik pujian tu pada tuhan.
kekaguman saya pada beliau ialah beliau dikurniakan keistimewaan tersendiri, analytical thinking + rendah diri + kebijaksanaan + well organized + responsible + creative + full of initiatives + positive thinking + imaginative + business minded + soft spoken but firm + willingness to learn + educative + educated + lovely to kids + penyabar + hati yg besar + kawalan emosi yg baik + Islamik. kebijaksanaan beliau terserlah sbb sentiasa dpt nampak small detail dgn jelas, dpt identify ‘punca’ dan ‘akibat’(saya selalu pesan pada orang lain bab punca dan akibat ni). saya bagai tak percaya  beliau dapat manage satu event yg besar(beliau ni nampak lembik sikit). penyelesaian yg beliau cuba cari ttg boss nya tidak menampakkan secuit dendam atau marah. rasa bersalah dan menyesal pulak yg beliau rasa dlm situasi ni. tak menurut rasa hati langsung. beliau nak jaga perasaan orang yang menjengkelkan dia(pada pandangan saya) dan tak mahu mengalah untuk selesaikan masalah walaupun kecil. she face her problem. bermuhasabah diri lagi tu sedangkan pada saya beliau ni mangsa keadaan shj. info tambahan ttg beliau, tidak salah guna kuasa dan tidak pernah tunjuk ciri2 mahu cari keuntungan untuk diri sendiri atau nak makan rasuah(beliau government servant).
Well…I’m so impressed!! this kind of woman still exist. Maka saya secara spontan, tawarkan diri saya utk bantu selesaikan masalah beliau.  Walaupun saya tak tahu lagi samada akan berkesan atau tidak, sbb beliau dah buntu akal nak cari jalan utk pulihkan keadaan. perbualan yg sepatutnya ringkas membawa sampai ke setengah jam(sambil drive tu). I’m the type of person that love to keep things short and simple sebenarnya tapi disebabkan kejutan berita yg disampaikan tu buatkan perhatian saya jadi tinggi pada masalah beliau. kerja beliau? she’s a counselor. after this if I need an advise, she may be the best person to see. Saya juga bukan jenis yg akan memuji seseorang yg lain dgn secara terbuka macam ni tapi kekaguman dan rasa hormat saya makin bertambah pada beliau. secara peribadinya saya sendiri nak berkawan dengan orang yg punyai kualiti macam beliau(for your info, saya susah nak berkawan dgn orang). harap2 rancangan saya berjaya nanti, InshaAllah.
Moral of the story : ko jangan biar diri ko kena puji dari wakil syarikat lain depan boss ko. simple kan?hehe...

Thursday, February 26, 2015

Karnival Sekolah

Contoh beberapa aktiviti Karnival Sekolah yang kami sertai.






























Gambar akan kami update dari masa ke semasa.

Wednesday, February 25, 2015

E-Book : Panduan Karnival Sekolah / School Carnival / School Fair. Bagaimana jana keuntungan / tambah dana daripada aktiviti karnival sekolah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

En. Halim Ghazaly dalam proses menghasilkan e-book : Panduan Karnival Sekolah sebagai rujukan untuk para guru, pentadbir sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG), para usahawan, para penaja dan para pengurus acara.
Kandungan panduan ini akan merangkumi cara-cara dan teknik menjana pendapatan, menambah dana, perlaksanaan karnival, idea-idea, usahasama-usahama korporat dan penganjuran acara, cara meraih sokongan korporat(penaja), risiko-risiko, kajian kes(case study) serta peluang masa depan serta peluang kepada semua pihak yang terlibat. Testimoni-testimoni daripada pihak-pihak yang pernah berurusan dengan Halim Ghazaly Sales & Marketing seperti guru-guru, pentadbir sekolah, PIBG, korporat, usahawan-usahawan, penganjur-penganjur acara, vendor-vendor  akan turut disertakan didalam panduan tersebut.

Pendedahan kepada gaya terkini(trend) Karnival Sekolah dan keupayaan menukar persepsi masyarakat serta penaja-penaja korporat serta usahawan-usahawan terhadap potensi dan kebaikan Karnival Sekolah.

Panduan ini juga akan berkongsi cara bagaimana sekolah dan PIBG dapat menjayakan situasi menang-menang dengan pihak-pihak yang terlibat. Panduan juga meliputi cara meminimumkan risiko kerugian serta dapat mengelakkan perjanjian berat sebelah yang mungkin berlaku diantara semua pihak yang terlibat.

Sebelum penghasilan e-book ini selesai, para penganjur karnival sekolah seperti Guru, pentadbir, PIBG atau penganjur-penganjur acara boleh berhubung dengan En. Halim Ghazaly untuk konsultasi di nombor 012-3497371. Syarikat-syarikat korporat dan usahawan-usahawan yang sedang mengintai peluang pasaran baru, mencari prospek penajaan atau peluang mempromosikan produk juga boleh menghubungi beliau. Konsultasi akan diadakan secara bersemuka(face-to-face) dengan pihak pemanggil kerana gaya kerja begini yang telah  dipraktikkan oleh Halim Ghazaly Sales & Marketing untuk sekian lama. En. Halim Ghazaly sendiri akan berjumpa untuk sesi perbincangan dan konsultasi 

Untuk pengetahuan umum, En. Halim Ghazaly mula melibatkan diri dalam acara Karnival Sekolah sejak tahun 2007 dan telah membantu lebih dari 100 buah sekolah menmbah dana dan menukar gaya penganjuran Karnival Sekolah. Terdapat juga syarikat korporat yang pernah mendapatkan konsultasi dan idea dari Halim Ghazaly Sales & Marketing team.

Diharap penghasilan e-book : Panduan Karnival Sekolah akan dapat segera diselesaikan.