Memeranjatkan!! She does exist!!
kejadian ni jadi lebih kurang pukul 3pm 27/2/14, kira2 12jam
yg lepas. saya buat satu panggilan kepada satu person incharge(nama
dirahsiakan) satu event yg pernah bekerjasama dgn saya tak lama dulu. tujuan,
nak minta tolong beliau untuk beberapa future projects. dalam perbualan tu
terselit satu topik yg tidak pernah saya fikir boleh terjadi pada beliau. short
story, beliau telah jalankan tugas dgn sangat cemerlang utk event tu, full of
initiatives, very creative dan tak pernah lupa lemparkan pujian kembali pada
tuhan walaupun pujian tu tuju pada beliau. event tu succesful dan dia project
manager(shocking, sbb beliau mengaku tak pernah terbabit atau handle apa2 event
sebelum tu).
situasinya disini adalah selepas event, tiba2 boss beliau
layan beliau dengan cara yg pelik, dalam post mortem event ade shj salah dan
silap yg dilempar pada beliau, walaupun projek tu succesful, meets the target
and compliments dari banyak pihak termasuk dari saya sendiri(vendor). perkara
ni berterusan hingga sekarang bilamana ada shj benda yg tidak kena pada mata
boss beliau ttg apa2 hal yg melibatkan beliau sehingga pernah satu tahap beliau
pernah merajuk dgn tindakan atau respon bossnya tu.
dari nada suara, memang jelas sangat rasa serba salah dan
sedih dgn situasi yg beliau sedang lalui tetapi jawapan yg beliau berikan yg
sgt memeranjatkan...
beliau actually berjaya identify punca kenapa terjadi
keadaan ni. puncanya pada ketika hari event berlangsung, beliau dengan jelas
pada pandangan mata saya dalam keadaan yg sgt letih dan beliau mengaku tak
cukup tidur dan rehat sebab nak menjayakan projek tu. disebabkan keletihan tu
dia dah buat satu kesilapan kecil yg mana pada saya memang jarang a normal
person boleh perasan. itupun beliau perasan selepas bermuhasabah diri untuk
beberapa ketika. boss beliau sebenarnya berkecil hati pd beliau sbb ketika
wakil syarikat2 besar terjumpa beliau yg ketika itu sedang berjalan dgn boss
beliau(saya maksudkan terjumpa sbb pada waktu event tu mmg sgt sibuk, terjumpa
secara spontan dan dlm keadaan tak bersedia, kiranya bertembung secara tak
sengajalah), wakil syarikat td telah lemparkan pujian yg tinggi atas usaha dan
perancangan beliau yg sgt teliti(saya sendiri mengaku hal ni), tetapi dlm
keadaan beliau yg letih(mata lebam tak cukup tidur) beliau tidak memberi
respon, beliau cuma diam dan cuba tersenyum(saya sendiri ada puji beliau pada
hari tu, respon yg sama). boss tu? jadi kecil hati dan terasa dipencilkan(boss
tu yg pilih beliau sbb percaya dgn kemampuan dan skill beliau). dalam keadaan
letih beliau tidak panjangkan pujian tu pada boss beliau(very small mistake
pada saya). keadaan berlanjutan, sampai sekarang beliau tak tahu macam mana nak pulihkan keadaan tu walaupun dia ni
orang yg sangat kreatif, analytical, soft spoken, beliau jgk bukan jenis yg
terima pujian sbb sentiasa diforwardkan balik pujian tu pada tuhan.
kekaguman saya pada beliau ialah beliau dikurniakan
keistimewaan tersendiri, analytical thinking + rendah diri + kebijaksanaan +
well organized + responsible + creative + full of initiatives + positive
thinking + imaginative + business minded + soft spoken but firm + willingness
to learn + educative + educated + lovely to kids + penyabar + hati yg besar +
kawalan emosi yg baik + Islamik. kebijaksanaan beliau terserlah sbb sentiasa
dpt nampak small detail dgn jelas, dpt identify ‘punca’ dan ‘akibat’(saya
selalu pesan pada orang lain bab punca dan akibat ni). saya bagai tak
percaya beliau dapat manage satu event
yg besar(beliau ni nampak lembik sikit). penyelesaian yg beliau cuba cari ttg
boss nya tidak menampakkan secuit dendam atau marah. rasa bersalah dan menyesal
pulak yg beliau rasa dlm situasi ni. tak menurut rasa hati langsung. beliau nak
jaga perasaan orang yang menjengkelkan dia(pada pandangan saya) dan tak mahu
mengalah untuk selesaikan masalah walaupun kecil. she face her problem. bermuhasabah
diri lagi tu sedangkan pada saya beliau ni mangsa keadaan shj. info tambahan
ttg beliau, tidak salah guna kuasa dan tidak pernah tunjuk ciri2 mahu cari
keuntungan untuk diri sendiri atau nak makan rasuah(beliau government servant).
Well…I’m so impressed!! this kind of woman still exist. Maka
saya secara spontan, tawarkan diri saya utk bantu selesaikan masalah beliau. Walaupun saya tak tahu lagi samada akan
berkesan atau tidak, sbb beliau dah buntu akal nak cari jalan utk pulihkan
keadaan. perbualan yg sepatutnya ringkas membawa sampai ke setengah jam(sambil
drive tu). I’m the type of person that love to keep things short and simple
sebenarnya tapi disebabkan kejutan berita yg disampaikan tu buatkan perhatian
saya jadi tinggi pada masalah beliau. kerja beliau? she’s a counselor. after
this if I need an advise, she may be the best person to see. Saya juga bukan
jenis yg akan memuji seseorang yg lain dgn secara terbuka macam ni tapi
kekaguman dan rasa hormat saya makin bertambah pada beliau. secara peribadinya
saya sendiri nak berkawan dengan orang yg punyai kualiti macam beliau(for your
info, saya susah nak berkawan dgn orang). harap2 rancangan saya berjaya nanti,
InshaAllah.
Moral of the story : ko jangan biar diri ko kena puji dari
wakil syarikat lain depan boss ko. simple kan?hehe...
No comments:
Post a Comment