Wednesday, February 25, 2015

E-Book : Panduan Karnival Sekolah / School Carnival / School Fair. Bagaimana jana keuntungan / tambah dana daripada aktiviti karnival sekolah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

En. Halim Ghazaly dalam proses menghasilkan e-book : Panduan Karnival Sekolah sebagai rujukan untuk para guru, pentadbir sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG), para usahawan, para penaja dan para pengurus acara.
Kandungan panduan ini akan merangkumi cara-cara dan teknik menjana pendapatan, menambah dana, perlaksanaan karnival, idea-idea, usahasama-usahama korporat dan penganjuran acara, cara meraih sokongan korporat(penaja), risiko-risiko, kajian kes(case study) serta peluang masa depan serta peluang kepada semua pihak yang terlibat. Testimoni-testimoni daripada pihak-pihak yang pernah berurusan dengan Halim Ghazaly Sales & Marketing seperti guru-guru, pentadbir sekolah, PIBG, korporat, usahawan-usahawan, penganjur-penganjur acara, vendor-vendor  akan turut disertakan didalam panduan tersebut.

Pendedahan kepada gaya terkini(trend) Karnival Sekolah dan keupayaan menukar persepsi masyarakat serta penaja-penaja korporat serta usahawan-usahawan terhadap potensi dan kebaikan Karnival Sekolah.

Panduan ini juga akan berkongsi cara bagaimana sekolah dan PIBG dapat menjayakan situasi menang-menang dengan pihak-pihak yang terlibat. Panduan juga meliputi cara meminimumkan risiko kerugian serta dapat mengelakkan perjanjian berat sebelah yang mungkin berlaku diantara semua pihak yang terlibat.

Sebelum penghasilan e-book ini selesai, para penganjur karnival sekolah seperti Guru, pentadbir, PIBG atau penganjur-penganjur acara boleh berhubung dengan En. Halim Ghazaly untuk konsultasi di nombor 012-3497371. Syarikat-syarikat korporat dan usahawan-usahawan yang sedang mengintai peluang pasaran baru, mencari prospek penajaan atau peluang mempromosikan produk juga boleh menghubungi beliau. Konsultasi akan diadakan secara bersemuka(face-to-face) dengan pihak pemanggil kerana gaya kerja begini yang telah  dipraktikkan oleh Halim Ghazaly Sales & Marketing untuk sekian lama. En. Halim Ghazaly sendiri akan berjumpa untuk sesi perbincangan dan konsultasi 

Untuk pengetahuan umum, En. Halim Ghazaly mula melibatkan diri dalam acara Karnival Sekolah sejak tahun 2007 dan telah membantu lebih dari 100 buah sekolah menmbah dana dan menukar gaya penganjuran Karnival Sekolah. Terdapat juga syarikat korporat yang pernah mendapatkan konsultasi dan idea dari Halim Ghazaly Sales & Marketing team.

Diharap penghasilan e-book : Panduan Karnival Sekolah akan dapat segera diselesaikan.


No comments:

Post a Comment